| Welcome To Meaning Of Life | Haris Ishak (PuteraRisz) || Follow me Title.Of.Prince or Dashboard
I'm Yours
About Links Entries

SAHABAT
Monday, April 2 | 11:39 | 0 comments









Hello Stalker , yooo ! 


Okay , blogger yang dulunya dipandang serong tetapi kini menjadi sumber informasi dan media alternatif yang lebih penting dari media cetak. Kalau dulu penulis buku menjadi rebutan tetapi kini penulis blog menjadi lebih tersohor dan rebutan terutama kepada parti-parti politik untuk menulis blog politik. Kerajaan juga memandang blogger dengan kedua belah mata dan mengiktiraf peranan blogger. Tetapi, bukan itu yang aku nak ceritakan ~


Kata orang hari ini belum tentu berkawan lama, entah esok lusa menjadi lawan, mungkin hari ini menjadi lawan, satu hari mungkin menjadi kawan setia. Begitulah adatnya manusia yang masing-masing mempunyai hati dan perasaan, lebih mengenal erti dan menyingkap makna persahabatan. Sebelum berlaku perkara yang tidak sihat maka jagalah adat dan tingkah laku semasa berkawan. Dalam merempuh hidup kita mempunyai arah dan haluan sendiri, adakalanya kita terpaksa berkayuh rakit ke hilir, ada tikanya kita terpaksa menyongsang arah, terpaksalah kita mengganda kudrat bergalah agar sampai ke hulu. Begitu jika bersahabat sudah tentu menghadapi pelbagai karenah menerima ujian dalam mengukuh, mengerat dan menjaga ikatan tali persahabatan. Amat beruntung seandainya memperolehi sahabat, rakan, kawan yang seiringan dan sehaluan jalan, ke gunung sama didaki dan lautan sama direnangi. 


Disinilah letaknya ilmu mengukur paras ketinggian dan kedangkalan berfikir dalam persahabatan. Kawan atau sahabat boleh membawa kita bahagia dan kawanlah juga boleh membawa kita menderita seandainya tersilap percaturan.Berhati-hati ketika memilih kawan agar tidak terpengaruh dengan kesesatan kawan sehingga melanggar hukum dan peradaban yang boleh membawa kita kepada kehancuran. Maka carilah seorang sahabat yang jujur tingkah laku, setia dalam persahabatan, pandai menjaga hati dan perasaan, bantu membantu, nasihat menasihati, tegur menegur demi kebaikan, ikhlas serta sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. Pandai dan bijaksanalah mencari sahabat kerana bukan semua orang boleh dibuat kawan, ada orang yang suka berkawan setakat kenalan biasa, ada kawan yang melebihi saudara, ada kawan setakat hanya berpura-pura, dan kerana ada sesuatu agenda kepentingan sendiri ada kawan yang makan kawan, ini amatlah kurang bijaksana dalam rukun hidup bersahabat. Pepatah pujangga ada mengatakan ' kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar didapat '















Older Post | Newer Post