| Welcome To Meaning Of Life | Haris Ishak (PuteraRisz) || Follow me Title.Of.Prince or Dashboard
I'm Yours
About Links Entries

Masa
Thursday, March 29 | 13:29 | 0 comments

Jika masa boleh diundur kembali.. Apa yg korang nak ubah ? walaupun aku tahu..itu tak mungkin berlaku..tapi anggaplah jika masa itu boleh di undur..saat aku menulis coretan ini, tiba-tiba aku teringatkan sesuatu yang sudah lama aku lupa dan tinggalkan..masa silam. Andai kata sejarah boleh diubah, sudah pasti saban tahun generasi muda terpaksa menukar buku sejarah mereka.. sekiranya masa boleh diundur, aku pasti semua umat manusia mahu kembali kezaman silam dan membetulkan segala kesilapan..Jika masa ini boleh dicepatkan, aku juga pasti bahawa semua daripada kita mahu melihat masa depan kita..dengan siapa kita akan berkahwin dan bagaimana rupa kehidupan kita pada masa itu.

Aku teringat akan soalan, apakah yang paling jauh? Yang mana jawapannya..sudah pastilah masa yang telah berlalu..tidak akan sesekali boleh diputar, diundur apatah lagi dilipat-2 rangka masanya..semuanya mahu kembali untuk membetulkan kesilapan..jalan2 yang telah dilalui mahu sahaja dibetulkan dan diluruskan kembali.



Seringkali kita melihat manusia tergelincir dari landasan sepatutnya..aku sendiri tidak terkecuali..hampir terkandas di pertengahan jalan.. Lorong2 kehidupan yang disangkakan lurus kadang kala ada bengkang-bengkoknya serta ada simpang siurnya..namun itulah hidup.. tidak pernah sunyi daripada ujian kerana ujian itu sebagai tanda kasih dan sayang Allah kepada kita..dijadikan ujian itu sebagai tarbiyah kepada manusia yang ingin kembali menemuiNya..




















Older Post | Newer Post